Kursus Akta Kontrak 1950


Mendalami Pemahaman Berkaitan Akta Kontrak 1950
Meninjau Perspektif - Kontrak Atau Perjanjian?
CPD 16 Jam
(HRDF Claimable)

Tarikh: 18 & 19 September 2012 – Dorsett Regency Hotel, Kuala Lumpur

Yuran Latihan – RM1,580.00
- Yuran latihan termasuk minum petang dan pagi, makan tengahari, peralatan dan nota latihan serta Sijil Kehadiran.

Pengenalan
Terdapat salah faham umum bahawa perjanjian adalah sama dengan kontrak. Seminar ini bertujuan untuk menerangkan perbezaan antara perjanjian dengan kontrak dan seterusnya membetulkan anggapan salah tersebut.

Objektif Kursus
Selepas menghadiri program latihan ini, para peserta akan dapat:
  • membezakan antara perjanjian dengan kontrak
  • memahami elemen-elemen yang membentuk dan membatalkan sesuatu kontrak
  • remedi-remedi bagi perlanggaran kontrak


PROGRAM INI AMAT BERSESUAIAN BAGI:
Pengurus, Eksekutif dan Kakitangan di Jabatan Sumber Manusia
Ketua-ketua Jabatan dan Penyelia-penyelia.


KAEDAH LATIHAN:
Syarahan, Perbincangan, Analisa Kes & ‘Role Play’

Kandungan Kursus
                                                                                                                      
1. Sejarah dan latarbelakang
2. Tafsiran
3. Elemen-elemen kontrak
  • Tawaran
  • Penerimaan
  • Balasan
  • Niat mewujudkan hubungan yang sah dan diiktiraf di segi undang-undang
  • Keupayaan memasuki sesuatu kontrak
  • Kepastian syarat dan terma
  • Kehendak bebas

4. Perbezaan antara kontrak dengan perjanjian
5. Elemen-elemen yang boleh membatalkan kontrak
  • Paksaan
  • Fraud
  • Silap
  • Pengaruh tak wajar
  • Salahnyataan

6. Pelepasan kontrak
  • Perlaksanaan
  • Perjanjian
  • Kekecewaan
  • Kemungkiran

7. Remedi
  • Gantirugi
  • Pelaksanaan spesifik
  • Injunksi


KESIMPULAN
“Semua kontrak adalah perjanjian tetapi bukan semua perjanjian merupakan kontrak” oleh Lee Hun Hoe CJ (Borneo) dalam kes Beca (Malaysia) Sdn Bhd lwn Tan Choong Kuan dan lain-lain.

Sila hubungi kami untuk dapatkan broucer & borang pendaftaran.


No comments:

Post a Comment